
|
Cosmo World Membunuh ! XD
December 08, 2012 • 08:36 • 0 comments
Assalamualaikum...
Hye girls and boy sekalian . Ececehh :P * ade ke orang nak baca ?
Agak lama jugak kita tidak bersua ye selepas post SMA-ing tuh XP . Okay lah . ATOK takde benda pun nak cerita .Erm , okay . sebelum kami bercuti panjang ,, kami telah membuat perbincangan untuk lepak bersama-sama di suatu tempat . Dan yaa ! kami telah memilih untuk lepak dekat KL ~ Tapi kami hanya mampu pergi ke BTS yang indah tu jee . Eh ,, BTS ?Bandar Tasik Selatan ke ? Bukan kat situ takde ape2 ke ? Haishh korang ni ,, BTS tu Berjaya Time Square lahh :D Berjaya Time Square ni terletak di .... *as seen at the Jalan Pudu-Jalan Imbi crossroad.. Yeah ! dekat jalan pudu ! Hurmm , Okay2 . Sepatutnya kami pergi ke TS ni pada Rabu 5/12 .. tapi disebabkan ada hal-hal yang tak boleh dielakkan , kami tangguh . Alahh , tangguh sehari je pon . Kitorang gerak TS pada 6/12 bersamaan hari Khamis 22 Muharram 1434 H :D... Pada pagi tu , kami semua bangun lebih kurang dalam pukul 6.30 ? Awal kan ? HAHA .**aku tawu bagi korang tak awal , tapi suka aku lah nak cakap awal ke tak . Dan aku pun gerak ke Masjid As-Salam bersama NajihahJamal dan kami pun bertemu si Amira dan Ashaqirin di situ :D dan dalam pukul 8.30 kitorang dapat naik bas yang penuh sesakk dgn manusia2 yang mungkin ingin pergi bekerja . Budak2 Beranang pulak gerak dari Batang Benar sampai ke BTS dan jumpa Nadzira Amanina . Kemudian kami (budak puchong ) menaiki Monorail di KL Sentral .. Diorang( budak Beranang) naik Monorail dekat stesen Hang Tuah . Dan tiba2 ,, yang paling kelakarnya , time kitorang berhenti di stesen Hang Tuah , kami semua bertembung dengan Intan,Laila,Dila,Mimi,Nad,Khai dekat dalam MONORAIL! haha . THEN , Sampailah kami di TS :D dan kami tunggu sampai TS tu bukak . Okay ,Taraaa ! dah pukul 10 , then TS pun dah bukak .. kitorang pun masuk je lah dalam TS tuh .. Masuk2 je , ada orang yang kaya ni nak keluarkan duit dekat mesin BSN :D kitorang pun follow je lahh . Lepas tu kitorang g Breakfast *lambatnya breakfast =,= . Kitorang makan dekat KFC . Sedap woo makan ramai2 .
Eherm , aku tak tawu ape motif aku cerita ..
Dahdah .. Kemudian , tiba lah masa kami di COSMO WORLD :) Yeahh ! Ini lah masa yang kami inginkan .. Motif kami semua datang TS ni memang untuk bermain-main di cosmo world :) . Dan kami pun membayar di kaunter untuk mendapatkan tiket masuk . Huh ! Tibe2 , boleh pulak bertembung dengan si Hafizi , Wali , Dzul dan Hazwan
OKAY ! Pasal budak2 laki ni abaikan je ehh . HAHA .
Dan kami pun masuk untuk bermain mesin2 yang ade dekat sana . Okay , first thing yang kitorang try main ialah : 1 - Spinning Orbit :D
Time main ni kitorang cool lagi . Diorang pun semua okay je .
*yang ni 2 kali
Second thing yang kitorang main ialah : 2-Ooort’s Express
Time main ni pun semua rileks je lagi . happy gila .
*yang ni kitorang main 3/4 kali :D
Permainan yang ketiga ialah 3 -Space Attack
Waktu main ni , Ya Allah . Memang tak ingat ape dah .
Ingat nak mati je kot. memang mcm nak tercabut jantung kitorang .
*yang ni memang main sekali je .
Permainan yang ke 4 -DNA Mixer
Yang ni pulak permainan yang membuatkan aku hampir termuntah .
Memang pening ah main . Kepala rasa nak pitam je .
*yang ni memang main sekali je .
Permainan yang ke -5 Dizzy Lzzy
Yang ni macam biasa je . Tapi memang pening sikit ahh main .
* yang ni kitorang main 2 kali
Permainan yang ke 6 kitorang naik ialah Roller Coaster or dipanggil Supersonic Odyssey
Yang ni paling sekejap je aku rasa . Tak puas main .
Yang ni kitorang main sekali je . Kalau boleh nak main banyak kali .
Permainan yang terakhir kitorang main ialah Robo Crash
Time main ni , aku dapati semua member kau GAGAL amek lesen kereta !
HAHA . semua berlanggar sana-sini . Sampai orang yg kitorang tak kenal pun dilanggar nya . XP
Oke lah . segala permainan yang kitorang main aku dah sebut . Lepas dah puas main , kitorang gerak keluar dari Cosmo World ni . Then kitorang g lah jalan2 sekejap . Ade yang nak beli beg lah , beli dompet lah . Orang kaya memang lah macam tu . Macam-2 nak beli . hahaha . Then dah habis berSHOPping =,= , kitorang pun keluar lah dari TS dan masing2 pulang ~ THE END ! haha . Okay lah . Jom tengok gambar-2 kami di TimesSquare :D
Wassalam alaik ^^
*Lupe nak cakap , sorry to Emelia ,Azimah ,Mubasyirah dan Awatif yg tak join ni :( Takpe , lain kali korang join okay ? HAHA .
e-class : TokAbah
|
|